Wednesday, March 11, 2009

Life is about writing your own story - 12/3/09

Hi World, life is about writing our own story. Every of us has our own experience which should be documented in form of books, short story, novels, biography, blog etc. Exchanging and sharing this experince among us , to some extent, will give a new perspective to our own life. See my first ever short story about my working experince in cotton farms in Goondiwindi, about 350km from Brisbane. However, 80 % of the story is fiction. The title is Aviya Navon @ Eisya Abdullah (ku doakan....) and you can find it here http://www.penulisan2u.blogspot.com/
Hi World, kehidupan ini adalah berkisar kepada penulisan cerita masing-masing. Setiap kita mempunyai pengalaman tersendiri yang sepatutnya dibukukan dalam bentuk buku, cerpen, novel, biografi, blog dll. Bertukar dan berkongsi pengalaman di kalangan kita, pada satu peringkat, akan memberi satu perspektif baru kepada kehidupan kita sendiri. Baca cerpen pertama saya perihal pengalaman saya bekerja di ladang kapas di Goondiwindi, lebih kurang 350km dari Brisbane. Walaubagaimanapun, 80% darinya adalah fiksyen. Tajuknya ialah Aviya Navon @ Eisya Abdullah (ku doakan....) and anda boleh dapatkannya di sini http://www.penulisan2u.blogspot.com/

Tuesday, March 10, 2009

Talking about process of aging - 11/3/09 Wed

Hi World, talking about process of aging, we should reliase that it is a matter of survival which will meet its own ending one day. Where we will go after that is more important !
Hi World, bercakap pasal proses penuaan, kita patut sedar ia adalah satu proses kelangsungan hidup yang akan menemui penghujungnya sendiri. Ke mana kita pergi selepas itu adalah perkara yang lebih penting.

Monday, March 9, 2009

Excel Advanced Training at Mirama Bldg - 10/3/09 Tue

Hi World, trainings , courses, seminars will be part of our life as long we have desire to learn. Even for today Excel Avanced Training, I should have taken a long-long time ago. But it's ok. Processes of learning & aging are identical twins which should never be separated.
Hi World, latihan, kursus, seminar akan menjadi sebahagian dari hidup ini jika kita mempunyai keinginan untuk belajar. Seperti Kursus Excel Advanced pada hari ini, saya sepatutnya sudah mengambilnya dulu lagi. Namun, itu tidak mengapa. Proses-proses pembelajaran dan penuaan adalah kembar seiras yang sekali-kali tidak boleh dipisahkan.

Sunday, March 8, 2009

Pro golfer - 8/3/09 Sun

Hi World, I knew if I started playing golf, I would be stuck with this self-challenging game. This what had happened to me. I have never been to the golf course yet but I already fell in love with this complicated game. I built a mini golf course complete with the range in my own backyard ( please see photos in http://familyalbumshahrilmala.blogspot.com ). I bought a junior golf set for my son and another set for me. We play this game almost every afternoon. I am studying this game via CD, Internet, Astro Golf Channel, books, magazines, friends and other available resources.
Hi World, saya tahu jika saya sudah mula bermain golf, saya akan menjadi tergila-gila dengan permainan yang sungguh mencabar ini. Inilah apa yang telah berlaku pada diri saya. Saya tidak pernah pun pergi ke padang golf tapi saya sudah jatuh cinta dengan permainan yang rumit ini. Saya telah membina padang golf mini di dalam kawasan rumah saya lengkap sekali dengan tempat 'range' (sila lihat gambar-gambar di http://familyalbumshahrilmala.blogspot.com ). Saya telah membeli satu set golf junior untuk anak lelaki saya dan juga satu set untuk diri saya sendiri. Kami akan bermain golf hampir pada setiap petang. Saya sedang belajar permainan ini melalui CD, Internet, Astro Golf Channel, buku, majalah, kawan-kawan dan sumber-sumber lain.

Friday, March 6, 2009

I have some small projects - 7/3/09 Sat

Hi World, I have 3 small projects which are still in progress. I can't reveal what the projects are now due to copy right and commercial issues. I really hope these projects will be fruitful and thus give me momentum to work harder on other projects.
Hi World, saya mempunyai 3 projek yang masih dalam peringkat pembikinan. Saya tidak boleh mendedahkan apakah projek-projek itu buat masa ini atas sebab-sebab isu pemilikan hak milik dan komersial. Saya benar-benar berharap projek-projek ini akan mendatangkan hasil dan seterusnya memberi saya tolakan untuk bekerja lebih keras lagi dalam projek-projek lain.

Thursday, March 5, 2009

What I think about local soccer - 6/3/09 Fri

Hi World, our local soccer will be the same state as it is now & in 15 or 20 years time if :
1. No systematic & comprehensive development programmes at at the grass root level that is at age of 6,7,8, 9,10,11 & 12 years old and then continue to 13, 14 years old and so on. The programmes should cover schools, district, state & national levels.
2. Point no 1 not implemented or may be was implemented but unfortunately by wrong people.
Hi World, keadaan bolasepak tempatan akan sama sahaja seperti sekarang ini dalam masa 15 atau 20 tahun dari sekarang jika :
1. Tiada program pembangunan yang bersistematik dan lengkap di peringkat akar umbi iaitu di kala umur 6,7,8,9,10,11 & 12 tahun dan bersambung ke 13, 14 tahun dan seterusnya. Program-program ini patut merangkumi peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
2. Saranan no 1 tidak dilaksanakan atau jikapun dilaksanakan, malangnya oleh orang yang salah.

What I'm passionate with...- 6/3/09 Fri

Hi World, a blogger should write somethings he / she is passionate with ...I love soccer, golf, reading and writing. These are the things I will write in my blog everyday. How about soccer for today.
Hi World, seorang blogger perlu menulis perkara-perkara yang dia sangat hayati...Saya sangat meminati bolasepak, golf, membaca dan menulis. Perkara-perkara inilah yang akan saya coretkan di dalam blog saya setiap hari. Apakata bolasepak menjadi perkara itu hari ini.

Ish,ish... I'm just at "A" ! - 5/3/09 Thurs

Hi World, after visiting http://www.johnchow.com/ & read his e-book Make Money On Line With John Chow, I felt like crying ...sob, sob...I'm just at "A". Don't get me wrong. I didn't mean that I'm an "A" grader. No, absolutely not. I meant to get to"Z" from "A", phew ! A long-long way to go.
Hi World, selepas melawat http://www.johnchow.com/ & membaca e-booknya Make Money On Line With John Chow, saya rasa macam hendak menangis...sob, sob...Saya hanya di "A". Jangan salah faham. Saya bukan bermaksud yang saya ini gred "A". Bukan, sememangnya bukan. Saya maksudkan untuk pergi ke "Z" dari "A", phew ! Jauhnya lagi perjalanan.

Wednesday, March 4, 2009

Ehmmm - 5/3/09 Thurs

Hi World, when I started blogging, I make a promise to update my blog everyday. Wow ! That's a huge task. I'll try my best.
Hi World, bila saya mulakan blogging, saya berjanji untuk mengemaskini blog saya setiap hari. Wow ! Ini tugas yang besar. Saya akan cuba sebaik mungkin.

Tuesday, March 3, 2009

New day - 4/3/09 Wed

Hi World, a new day, a new breath, new 24 hrs to kill off. While driving to the office this morning, a lot of things came across to my mind- political crisis in my state Perak, economic crisis in our small world, my neighbour next door' request to give English tuition to her daughter, 1st draft of my short story etc.
Hi World, hari baru, nafas baru, satu lagi 24 jam yang perlu ditamatkan. Sepanjang perjalanan ke pejabat pagi ini, banyak perkara terlintas di fikiran - situasi politik di negeri saya Perak, krisis ekonomi di dunia kecil kita ini, permintaan jiran sebelah rumah untuk beri tuition English pada anak perempuannya, draf pertama cerpen saya dll.

Introduction / Pengenalan - 3/3/09

Hi World, I'll write in 2 versions ie English Version & also Malay (Bahasa Malaysia) Version. This will give me access not only to Bahasa speaking reader but also to anybody, anyone in this small world.Hi World, saya akan menulis dalam dwi bahasa iaitu dalam English & juga Melayu (Bahasa Malaysia). Ini membenarkan saya satu hubungan dengan pembaca berbahasa Melayu & juga dengan setiap semua orang dalam dunia yang kecil ini.

Testing, testing 1,2,3...- 3/3/09

This is my life, that's exactly what I'm going to write here. Every word, every single sentence are all from my heart...the bottom of my heart, to be precise...