Friday, June 19, 2009

A line as a separator (Intro) - 19/06/09

Hi World, a simple drawing of line on a prayer mat may cause disunity in the muslim community. This statement may cause confusion or maybe some furor. Pls look at this way & think about it. It's a Sunnah (Prophet Muhammed teaching) if muslims have their shoulders rub each others' during the jamaah prayer (group prayer at mosque). By doing this, muslims in that village or housing area are deemed more united.
Hi World, satu lukisan garisan di atas tikar sembahyang mungkin boleh menyebabkan tiada perpaduan di kalangan orang Islam. Kenyataan ini boleh menghasilkan kekeliruan ataupun tentangan. Harapnya dapat melihat dari sudut ini & fikirkan tentangnya. Adalah menjadi satu sunnah jika orang Islam merapatkan saf sembahyang hingga bersentuh bahu antara jamaah. Dengan berbuat begini, umat Islam di satu kampung itu ataupun di satu kawasan perumahan itu akan dilihat lebih bersatu-padu.

Tuesday, May 12, 2009

It's never too late (part 5) - 13/05/09

Hi World, There is a sinner whose beliefs, ideology, acts etc will only bring him straight to the hole of fire (Hell) in Hereafter. Now, what's your action ?? Bear in mind, the hole of fire (Hell) in Hereafter is incomparable to the hole of poisonous creatures, broken glass, sharp metals, toxic disposal plus all other deadly objects available in this small world.
Hi World, Ada seorang penanggung dosa yang mana segala kepercayaan, pemikiran, tindak-tanduknya etc hanya akan membawanya masuk ke dalam lubang jahanam neraka di hari Akhirat kelak. Apakah tindakan anda sekarang ? Harus diingat bahawa lubang jahanam neraka tiada bandingannya dengan lubang yang dipenuhi benda beracun, gelas-gelas pecah, besi-besi tajam, buangan toxic dicampur dengan semua benda merbahaya yang wujud di dunia yang kecil ini.

Monday, May 11, 2009

It's never too late (part 4) - 12/05/09

Hi World, Any wise man, regardless of his race, religion, citizenship, background etc will stop that blind & deaf man, no matter what his race, religion, citizenship, background etc from falling down into that deadly hole. Even that wise man is a Palestinian & that poor man is an Israeli vise versa. Agree with me ?
Hi World, Sesiapa sahaja yang baik, tidak kiralah apa bangsanya, agamanya, kerakyatannya, latar belakangnya etc akan menghalang lelaki buta & pekak itu , tidak kiralah apa bangsanya, agamanya, kerakyatannya, latar belakangnya etc daripada jatuh ke dalam lubang yang boleh membunuh itu. Sekalipun, lelaki baik itu adalah seorang rakyat Palestine & lelaki malang itu dalah rakyat Israel atau sebaliknya. Anda setuju dengan saya ?

Sunday, May 10, 2009

It's never too late (part 3) - 11/05/09

Hi World, imagine this : A blind & deaf man was walking towards a big hole full of broken glass, sharp metals, poisonous creatures (you name it), some kind of toxic disposals & etc. You were there, standing at the reachable distance from him. Now, what are your actions ?
Hi World. bayangkan ini : Seorang lelaki buta lagi pekak sedang berjalan ke arah satu lubang besar yang dipenuhi dengan kaca-kaca pecah, besi-besi tajam, hidupan beracun (anda namakan sendiri), sejenis bahan buangan toxic & sebagainya. Anda sedang berada di situ, berdiri pada jarak yang cukup untuk mencapai lelaki itu. Sekarang ini, apakah tindakan anda ?

Tuesday, May 5, 2009

It's never too late (part 2) - 6/05/09

Hi World, we begin a day with a lot of thoughts, ideas, plans etc but we usually end up the day with a lot of ifs, reasons, sighs, regrets etc to justify our inabilities to make full use of 24 hrs per day. That's normal and pls do not spend another 24hrs just to think why that could happen. I'll try to figure out some answers. It's all about how we utilise all parts of our body / physical in 24 hrs per day. If they ( from end of the head to the toes ) are used in good ways eventhough some of them do not reward you in monetary term, then I can give asssurance that we have already fulfilled our obligations / commitments / responsibilities etc.
Hi World, kita memulakan hari ini dengan pelbagai pemikiran, idea, rancangan etc tapi kita selalunya mengakhiri hari itu dengan pelbagai kalau, sebab, keluhan, penyesalan etc untuk menjawab ketidak upayaan kita untuk menghabiskan masa 24 jam sehari dengan sebaik mungkin. Itu adalah perkara biasa dan janganlah hendaknya kita menghabiskan 24 jam lagi untuk memikirkan kenapa itu boleh berlaku. Saya akan cuba mengusahakan beberapa jawapan. Ianya berkisar bagaimana kita menggunakan bahagian-bahagian badan kita dalam masa 24 jam sehari. Jika mereka ( dari hujung kepala hingga ke ibu jari kaki) digunakan dengan cara yang baik dan walaupuan ada yang tidak mendatangkan sebarang balasan dalam bentuk wang ringgit, maka saya berani memberi satu jaminan bahawa kita telah pun memenuhi kewajipan / iltizam / tanggung jawab etc kita.

It's never too late (Intro) - 5/05/09

Hi World, 24 hours per day is just not enough. Pls don't say that. God created the moon & the sun, the seconds, minutes, hours, days, weeks, months, years, decades, centuries which are all suited to human needs. He knows his creation very well. How we manage time, dude ! That's it...
Hi World, 24 jam sehari tidak mencukupi. Minta tolong jangan sebut macam tu. Tuhan mencipta bulan & matahari, saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, 10 tahun, kurun yang mana kesemuanya disesuaikan dengan keperluan manusia. Tuhan lebih mengetahui/mengenal ciptaaNya. Bagaimana kita menguruskan masa, yeop ! Ya, itulah sebenarnya......

Tuesday, April 28, 2009

Life is short, make full use of it (part 3) - 29/04/09

Hi World, imagine this...men create laws to put things in order. Traffic lights, football match, diner at restaurant and car parking can be chaotic if laws / regulations were not applied. How about other bigger things in this simple life in this small world ? Definitely, more laws / regulations are required ! Now, do you think things pertaining our next life can be as simple as that ?
Hi World, bayangkan ini...manusia mencipta undang-undang untuk keberlangsungan kehidupan. Lampu isyarat, perlawanan bolesepak, makan malam di restoran dan parking kereta boleh menjadi huru-hara jika undang-undang / peraturan tidak diguna pakai. Bagaimana pula dengan perkara-perkara yang lebih besar di dalam kehidupan yang ringkas di dunia yang kecil ini ? Pastinya, lebih banyak undang-undang / peraturan diperlukan. Sekarang ini, adakah anda fikir bahawa perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan selepas mati akan menjadi semudah itu.

Life is short, make full use of it! (part 2) - 28/04/09

Hi World, like it or not, life is all about rewards. If you do this, you'll be rewarded by this or by that. And this or that could be good or bad. Sometimes, that seems good but at the end, it'll turn out to be bad vice versa. In this simple life in this small world, everything will be judged by someone or something. You can't run from this fact even if you are staying alone in North Pole. So now, do you think our next life can be as simple as that ?
Hi World, suka atau tidak, kehidupan ini berkisar kepada pembalasan. Jika anda melakukan ini, anda akan dibalas dengan ini atau itu. Ini dan itu boleh jadi bagus atau buruk. Kadang-kadang, itu kelihatan bagus tapi akhirnya bertukar menjadi buruk dan sebaliknya. Di dalam kehidupan ringkas di dunia yang kecil ini, semuanya akan dihakimi oleh seseorang ataupun sesuatu. Anda tidak boleh lari dari kenyataan ini sekalipun anda tinggal berseorangan di Kutub Utara. Adakah anda sekarang ini merasakan kehidupan selepas mati akan menjadi semudah itu ?

Sunday, April 26, 2009

Life is short, make full use of it ! (intro.) - 26/04/09

Hi World, believe in me. Our short & simple life here, in this world, is just a transit for another life...
Hi World, percayalah saya. Kehidupan yang pendek & mudah di sini, di dunia ini, adalah satu persinggahan untuk satu kehidupan lain....

Saturday, April 25, 2009

World climate, we never learnt ! - 25/04/09

Hi World, how's weather today? It's warm..too warm ! The climate has never been the same...It's getting worst. No matter what have been done to save our planet, the climate is just getting worst. We are just moving to the End.
Hi World, bagaimana cuaca hari ini? Ianya panas, terlalu panas ! Cuaca tidak akan sama lagi...Ianya menjadi semakin buruk. Tidak kira apa yang telah diusahakan untuk menyelamatkan bumi ini, cuacanya tetap semakin buruk. Kita bergerak ke penghujungnya.

Thursday, April 23, 2009

See what you can't see (part 2) - 24/04/09

Hi World, may be the old man is an army veteran who served the country for many years. His contribution to the country worths all dollars & cents. Or may be he was a wealthy man worthing million of dollars. He set up a foundation for the poor and allocated all his fortune in this foundation. Now, he is just an ordinary citizen killing off his time strolling in the park which is minutes of bus ride from his house . You couldn't see this but this is what you should see.
Hi World, mungkin orang tua ini adalah veteran askar yang berkhidmat untuk negara bertahun-tahun. Sumbangannya kepada negara tiada nilainya. Ataupun, dia mungkin dahulunya adalah seorang yang kaya-raya setaraf seorang jutawan. Dia menubuhkan satu badan untuk orang miskin dan menyerahkan segala kekayaannya kepada badan ini. Sekarang, dia hanyalah seorang rakyat biasa yang menghabiskan masa dengan dengan berjalan-jalan di sebuah taman yang jarak dari rumannya beberapa minit perjalanan dengan bas. Anda tidak dapat melihat semua ini tapi inilah yang sepatutnya anda lihat.

See what you can't see - 23/04/09

Hi World, an old man was sitting next to you in a bus ...or he was strolling in a park. And you, totally a stranger to him, just looked at him with a smile or with a nod or with a greeting or may be you just kept mum thinking about your own "big" problems at workplace. It doesn't matter how you react to the man , but what you think about him matters most. You should see what you can't see at this old man (part 1)
Hi World, sorang tua duduk bersebelahan anda di dalam sebuah bas... ataupun dia berjalan-jalan perlahan di sebuah taman. Anda, seorang asing baginya, memandang beliau dengan senyuman ataupun dengan anggukan kepala ataupun dengan sapaan ataupun anda hanya membenamkan diri dengan kesunyian sambil memikirkan masalah "besar" di tempat kerja. Bagaimana reaksi anda tidaklah penting tapi apa yang anda fikirkan tentang orang tua itulah yang jauh lebih penting. Anda patut lihat apa yang anda tidak dapat lihat pada orang tua ini (bhgn 1)

Wednesday, April 22, 2009

Hi politicians, how are you? - 23/04/09

Hi World, politics talks are endless. We can spend hours, days, weeks discussing, gossiping, rumouring etc about this lively topic. And I am refraining myself from doing so here. I became interested in politics since Refomasi Era back in 1998. Everbody can have his/her say, and don't expect he/she in the same boat with you. Just hold these words, then you will feel comfortable with these politics things.
Hi World, cakap politik tiada penghujungnya. Kia boleh habiskan masa berjam-jam, seharian, sepanjang minggu untuk berbincang, bergosip, berkongsi cerita-cerita separuh masak etc. Saya sentiasa menggagalkan diri sendiri untuk menulis isu politik di sini. Saya berminat pasal politik sejak Era Refomasi pada 1998. Setiap orang berpendapat sendiri. Jangan berharap orang lain bersependapat dengan kita. Jika kita berpegang pada kata-kata ini, kita akan berasa selesa dengan apa jua isu politik.

Hi, i'm a failure..huk..huk.. - 22/04/09

Hi World, I failed to deliver my promise. What a loser ! I could not keep the momentum.. I failed to update my blog on daily basis..But I will ...I will..
Hi World, saya gagal untuk "walk the talk" / menunaikan janji. Apala mamat ni! Saya tidak mampu untuk mengekal momentum.. Saya gagal menulis di blog ini setiap hari..tapi saya akan.. saya akan bangkit..

Wednesday, March 11, 2009

Life is about writing your own story - 12/3/09

Hi World, life is about writing our own story. Every of us has our own experience which should be documented in form of books, short story, novels, biography, blog etc. Exchanging and sharing this experince among us , to some extent, will give a new perspective to our own life. See my first ever short story about my working experince in cotton farms in Goondiwindi, about 350km from Brisbane. However, 80 % of the story is fiction. The title is Aviya Navon @ Eisya Abdullah (ku doakan....) and you can find it here http://www.penulisan2u.blogspot.com/
Hi World, kehidupan ini adalah berkisar kepada penulisan cerita masing-masing. Setiap kita mempunyai pengalaman tersendiri yang sepatutnya dibukukan dalam bentuk buku, cerpen, novel, biografi, blog dll. Bertukar dan berkongsi pengalaman di kalangan kita, pada satu peringkat, akan memberi satu perspektif baru kepada kehidupan kita sendiri. Baca cerpen pertama saya perihal pengalaman saya bekerja di ladang kapas di Goondiwindi, lebih kurang 350km dari Brisbane. Walaubagaimanapun, 80% darinya adalah fiksyen. Tajuknya ialah Aviya Navon @ Eisya Abdullah (ku doakan....) and anda boleh dapatkannya di sini http://www.penulisan2u.blogspot.com/

Tuesday, March 10, 2009

Talking about process of aging - 11/3/09 Wed

Hi World, talking about process of aging, we should reliase that it is a matter of survival which will meet its own ending one day. Where we will go after that is more important !
Hi World, bercakap pasal proses penuaan, kita patut sedar ia adalah satu proses kelangsungan hidup yang akan menemui penghujungnya sendiri. Ke mana kita pergi selepas itu adalah perkara yang lebih penting.

Monday, March 9, 2009

Excel Advanced Training at Mirama Bldg - 10/3/09 Tue

Hi World, trainings , courses, seminars will be part of our life as long we have desire to learn. Even for today Excel Avanced Training, I should have taken a long-long time ago. But it's ok. Processes of learning & aging are identical twins which should never be separated.
Hi World, latihan, kursus, seminar akan menjadi sebahagian dari hidup ini jika kita mempunyai keinginan untuk belajar. Seperti Kursus Excel Advanced pada hari ini, saya sepatutnya sudah mengambilnya dulu lagi. Namun, itu tidak mengapa. Proses-proses pembelajaran dan penuaan adalah kembar seiras yang sekali-kali tidak boleh dipisahkan.

Sunday, March 8, 2009

Pro golfer - 8/3/09 Sun

Hi World, I knew if I started playing golf, I would be stuck with this self-challenging game. This what had happened to me. I have never been to the golf course yet but I already fell in love with this complicated game. I built a mini golf course complete with the range in my own backyard ( please see photos in http://familyalbumshahrilmala.blogspot.com ). I bought a junior golf set for my son and another set for me. We play this game almost every afternoon. I am studying this game via CD, Internet, Astro Golf Channel, books, magazines, friends and other available resources.
Hi World, saya tahu jika saya sudah mula bermain golf, saya akan menjadi tergila-gila dengan permainan yang sungguh mencabar ini. Inilah apa yang telah berlaku pada diri saya. Saya tidak pernah pun pergi ke padang golf tapi saya sudah jatuh cinta dengan permainan yang rumit ini. Saya telah membina padang golf mini di dalam kawasan rumah saya lengkap sekali dengan tempat 'range' (sila lihat gambar-gambar di http://familyalbumshahrilmala.blogspot.com ). Saya telah membeli satu set golf junior untuk anak lelaki saya dan juga satu set untuk diri saya sendiri. Kami akan bermain golf hampir pada setiap petang. Saya sedang belajar permainan ini melalui CD, Internet, Astro Golf Channel, buku, majalah, kawan-kawan dan sumber-sumber lain.

Friday, March 6, 2009

I have some small projects - 7/3/09 Sat

Hi World, I have 3 small projects which are still in progress. I can't reveal what the projects are now due to copy right and commercial issues. I really hope these projects will be fruitful and thus give me momentum to work harder on other projects.
Hi World, saya mempunyai 3 projek yang masih dalam peringkat pembikinan. Saya tidak boleh mendedahkan apakah projek-projek itu buat masa ini atas sebab-sebab isu pemilikan hak milik dan komersial. Saya benar-benar berharap projek-projek ini akan mendatangkan hasil dan seterusnya memberi saya tolakan untuk bekerja lebih keras lagi dalam projek-projek lain.

Thursday, March 5, 2009

What I think about local soccer - 6/3/09 Fri

Hi World, our local soccer will be the same state as it is now & in 15 or 20 years time if :
1. No systematic & comprehensive development programmes at at the grass root level that is at age of 6,7,8, 9,10,11 & 12 years old and then continue to 13, 14 years old and so on. The programmes should cover schools, district, state & national levels.
2. Point no 1 not implemented or may be was implemented but unfortunately by wrong people.
Hi World, keadaan bolasepak tempatan akan sama sahaja seperti sekarang ini dalam masa 15 atau 20 tahun dari sekarang jika :
1. Tiada program pembangunan yang bersistematik dan lengkap di peringkat akar umbi iaitu di kala umur 6,7,8,9,10,11 & 12 tahun dan bersambung ke 13, 14 tahun dan seterusnya. Program-program ini patut merangkumi peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
2. Saranan no 1 tidak dilaksanakan atau jikapun dilaksanakan, malangnya oleh orang yang salah.

What I'm passionate with...- 6/3/09 Fri

Hi World, a blogger should write somethings he / she is passionate with ...I love soccer, golf, reading and writing. These are the things I will write in my blog everyday. How about soccer for today.
Hi World, seorang blogger perlu menulis perkara-perkara yang dia sangat hayati...Saya sangat meminati bolasepak, golf, membaca dan menulis. Perkara-perkara inilah yang akan saya coretkan di dalam blog saya setiap hari. Apakata bolasepak menjadi perkara itu hari ini.

Ish,ish... I'm just at "A" ! - 5/3/09 Thurs

Hi World, after visiting http://www.johnchow.com/ & read his e-book Make Money On Line With John Chow, I felt like crying ...sob, sob...I'm just at "A". Don't get me wrong. I didn't mean that I'm an "A" grader. No, absolutely not. I meant to get to"Z" from "A", phew ! A long-long way to go.
Hi World, selepas melawat http://www.johnchow.com/ & membaca e-booknya Make Money On Line With John Chow, saya rasa macam hendak menangis...sob, sob...Saya hanya di "A". Jangan salah faham. Saya bukan bermaksud yang saya ini gred "A". Bukan, sememangnya bukan. Saya maksudkan untuk pergi ke "Z" dari "A", phew ! Jauhnya lagi perjalanan.

Wednesday, March 4, 2009

Ehmmm - 5/3/09 Thurs

Hi World, when I started blogging, I make a promise to update my blog everyday. Wow ! That's a huge task. I'll try my best.
Hi World, bila saya mulakan blogging, saya berjanji untuk mengemaskini blog saya setiap hari. Wow ! Ini tugas yang besar. Saya akan cuba sebaik mungkin.

Tuesday, March 3, 2009

New day - 4/3/09 Wed

Hi World, a new day, a new breath, new 24 hrs to kill off. While driving to the office this morning, a lot of things came across to my mind- political crisis in my state Perak, economic crisis in our small world, my neighbour next door' request to give English tuition to her daughter, 1st draft of my short story etc.
Hi World, hari baru, nafas baru, satu lagi 24 jam yang perlu ditamatkan. Sepanjang perjalanan ke pejabat pagi ini, banyak perkara terlintas di fikiran - situasi politik di negeri saya Perak, krisis ekonomi di dunia kecil kita ini, permintaan jiran sebelah rumah untuk beri tuition English pada anak perempuannya, draf pertama cerpen saya dll.

Introduction / Pengenalan - 3/3/09

Hi World, I'll write in 2 versions ie English Version & also Malay (Bahasa Malaysia) Version. This will give me access not only to Bahasa speaking reader but also to anybody, anyone in this small world.Hi World, saya akan menulis dalam dwi bahasa iaitu dalam English & juga Melayu (Bahasa Malaysia). Ini membenarkan saya satu hubungan dengan pembaca berbahasa Melayu & juga dengan setiap semua orang dalam dunia yang kecil ini.

Testing, testing 1,2,3...- 3/3/09

This is my life, that's exactly what I'm going to write here. Every word, every single sentence are all from my heart...the bottom of my heart, to be precise...